EN | BM 

Dasar Privasi

Tarikh Berkuat kuasa: 19 Disember 2017


MOL AccessPortal Sdn. Bhd. (“MOL”) komited untuk melindungi privasi Maklumat Peribadi* anggota/ahli/pelanggan kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

*Maklumat Peribadi dalam Polisi Privasi ini merujuk kepada sebarang maklumat yang berhubung secara langsung atau tidak langsung berkenaan dengan anda dan/atau transaksi anda dengan kami yang dijelaskan selanjutnya seperti di bawah.

Kami percaya Polisi Privasi ini akan membantu anda untuk memahami perkara-perkara berikut:

  • Jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul;
  • Bagaimana kami mengumpul Maklumat Peribadi anda;
  • Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
  • Kepada siapa kami menzahirkan Maklumat Peribadi anda; dan
  • Hak anda untuk mengakses dan mengemas kini Maklumat Peribadi.

Apabila anda melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami, membeli mana-mana produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang kami edarkan, anda mungkin dikehendaki untuk memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh MOL mengikut Polisi Privasi ini.

(a)

Jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul
Jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, maklumat perhubungan (nombor telefon, alamat e-mel atau maklumat perhubungan lain), umur, jantina, Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KPPN), maklumat kewangan seperti butiran akaun , baki bank, transaksi bank, aset, liabiliti, perolehan jualan serta kemudahan kredit (jika berkenaan) anda.

(b)

Bagaimana kami mengumpul Maklumat Peribadi anda
Kami mengumpul Maklumat Peribadi anda bertujuan untuk beroperasi secara efisien dan menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami. Kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi anda daripada diri anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(i)

melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, semasa melanggan/menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami, semasa mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa kajian semula kewangan, jika berkenaan;

(ii)

menerusi komunikasi lisan, bertulis dan e-mel anda dengan kami dan/atau ejen kami yang diberi kuasa;

(iii)

daripada analisis cara anda menggunakan dan mengurus akaun anda dengan kami, daripada transaksi yang anda buat dan dari pembayaran yang di buat ke akaun anda;

(iv)

daripada pihak ketiga seperti pembekal maklumat rujukan kredit, agensi kerajaan/berkanun; dan/atau

(v)

dari sumber-sumber lain yang anda telah memberikan persetujuan anda untuk menzahirkan maklumat berhubung dengan anda dan/atau sumber-sumber lain yang tidak dihadkan.

Apabila anda mengakses laman web kami, harap maklum bahawa alamat IP anda dan maklumat tentang lawatan anda (seperti cop masa, tarikh, tempoh masa dan lain-lain) akan di kumpul secara automatik oleh sistem MOL, suatu fail maklumat bersaiz kecil dalam bentuk kuki (cookie) atau teknologi serupa yang lain mungkin akan disimpan dalam komputer atau peranti lain anda. Kuki (cookie) adalah kepingan maklumat yang dipindahkan oleh laman web kami kepada komputer atau peranti lain anda bertujuan untuk menyimpan rekod akses. Laman web kami juga mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga dan apabila anda meninggalkan laman web kami, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas laman web pihak ketiga dan maklumat yang anda berikan kepada laman web pihak ketiga tersebut.

(c)

Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda
Kami mengumpul, mengguna, dan/atau memproses Maklumat Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

(i)

untuk memproses permohonan anda berkenaan dengan peruntukan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh MOL dan/atau rakan niaga dan/atau perkhidmatan yang telah anda langgan;

(ii)

untuk memberitahu anda tentang perubahan/perkembangan penting berkenaan dengan ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan kami;

(iii)

untuk berkomunikasi dengan anda termasuk menjawab pertanyaan dan/atau aduan anda untuk menyelesaikan pertikaian anda;

(iv)

untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan dan memberi bantuan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang;

(v)

untuk menyelidik dan mengembangkan produk dan/atau perkhidmatan kami termasuk peningkatan dan perkembangan perkhidmatan kami dan jaminan kualiti kepada anda;

(vi)

untuk mentadbir dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda termasuk penguatkuasaan hak dan kewajipan kami;

(vii)

untuk mencegah, mengesan atau mendakwa kes-kes penipuan/jenayah;

(viii)

untuk menilai/mengesahkan kelayakan kredit anda dan untuk mengekalkan sejarah kredit anda untuk rujukan sekarang dan masa hadapan (jika dianggap perlu);

(ix)

untuk tujuan pakatan strategik, jualan silang, pemasaran, dan promosi; oleh unit/jabatan/entiti kumpulan MOL/ahli gabungan MOL, ejen kami dan pihak ketiga yang berkenaan; dan

(x)

untuk melindungi kepentingan MOL dan tujuan-tujuan lain yang berkaitan.

Anda boleh memaklumkan kepada kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima bahan pemasaran daripada kami, mana-mana entiti dan unit perniagaan dalam kumpulan MOL di dalam dan luar Malaysia.

(d)

Kepada siapa kita menzahirkan Maklumat Peribadi anda
Walaupun MOL menyifat Maklumat Peribadi anda secara peribadi dan sulit, Maklumat Peribadi anda boleh dizahirkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada golongan pihak ketiga berikut:

(i)

entiti dan unit perniagaan dalam kumpulan MOL di dalam dan luar Malaysia;

(ii)

pemegang lesen, rakan niaga dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga;

(iii)

penasihat profesional termasuk perunding, peguam, akauntan, juruaudit, jurubank, agensi penarafan, pemegang amanah, penanggung insurans, pelelong dan broker atas dasar perlu tahu bertujuan untuk memberikan khidmat/nasihat kepada kami;

(iv)

biro kredit, agensi pelaporan kredit, agensi kutipan hutang dan/atau pihak lain yang membantu dalam fungsi pengumpulan hutang;

(v)

ejen atau kontraktor yang bertindak bagi pihak kami atau dilantik oleh kami;

(vi)

badan-badan pengawalseliaan, kerajaan atau pihak berkuasa lain jika dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian untuk melaksanakan apa-apa fungsi pengawalseliaan di bawah mana-mana undang-undang atau berhubung dengan sebarang perintah atau penghakiman mahkamah; dan

(vii)

mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh anda.

(e)

Langkah-langkah keselamatan yang digunakan untuk melindungi Maklumat Peribadi
MOL melindungi Maklumat Peribadi anda daripada akses, penggunaan atau penzahiran tanpa izin. MOL menyimpan, melindungi dan memproses Maklumat Peribadi anda dengan mengekalkan perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur, selaras dengan peraturan yang berkenaan secara selamat.

Kami memastikan bahawa akses kepada Maklumat Peribadi yang telah anda berikan kepada kami di kendali oleh kakitangan MOL yang diberi izin dan terlatih. Kakitangan MOL berkenaan yang diberi izin dikehendaki untuk memastikan kerahsiaan maklumat anda dan menghormati privasi anda pada setiap masa.

(f)

Penyimpanan Maklumat Peribadi anda
MOL akan menyimpan Maklumat Peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini dan/atau mengikut terma dan syarat perjanjian anda dengan MOL sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami, untuk tempoh yang diperlukan untuk melindungi kepentingan MOL, di mana selainnya jika dikehendaki oleh undang-undang.

(g)

Kewajipan anda memberikan Maklumat Peribadi
Untuk kami proses permohonan anda berkenaan dengan peruntukan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh MOL, anda wajib memberi Maklumat Peribadi yang dikehendaki sebagaimana yang tertera dalam borang permohonan atau borang permintaan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengehadkan penzahiran, penyimpanan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda dengan menghubungi kami menerusi saluran yang disediakan di bawah Fasal (j). Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak bersetuju untuk memberikan apa-apa Maklumat Peribadi yang wajib, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.

(h)

Hak anda untuk mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika anda ingin mengakses Maklumat Peribadi anda yang kami simpan, atau jika anda berpendapat bahawa Maklumat Peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui saluran yang disediakan di bawah Fasal (j).

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda dalam masa 21 hari selepas penerimaan borang berkaitan yang lengkap dan yuran pemprosesan.

(i)

Semakan dan Pengubahsuaian Polisi Privasi
Kami berhak untuk menyemak dan/atau mengubahsuai Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi yang dikemaskini akan diterima pakai dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, dalam bentuk termasuk tetapi tidak terhad kepada, buku kecil, risalah atau versi salinan keras. Dengan terus melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami selepas komunikasi semakan dan/atau pengubahsuaian tersebut, anda menerima dan bersetuju dengan semakan dan/atau pengubahsuaian tersebut. Sila layari laman web ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Polisi Privasi terkini kami.

Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Kebangsaan Polisi Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diterima pakai.

(j)

Butiran Hubungan Kami
Jika anda mempunyai sebarang permintaan, pertanyaan atau maklum balas kepada MOL mengenai Polisi Privasi ini, sila hubungi pasukan bantuan pelanggan kami di +603 2082 1251 atau privacypolicy@mol.com.

Copyright © 2000 - 2017 MOL AccessPortal Sdn. Bhd. (504959-U) All Rights Reserved